Proses Pembikinan Landscapedia ; The Light of Tranquility

(klik 'READ MORE' untuk melihat videonya)
Lapisan pertama; letak dulu warna-warna asas yang dikehendaki, kasi detail sikit2 dlu. Tu nampak mcm ada drawing figura kat background tu agak-agak tak jadi so tutup la dengan 'landscapedia' ni. komisyen dari kota singa (pix on request), "Landscapedia; The Light of Tranquility".. harini punye cerita esok muat turun... janji layan yer.
Bahagian 1 Video:

Semalam punya cerita II, kita lihat apa dah jadi pada lukisan semalam; kerja komisyen dari kota singa, lambat update harini sbb tenet slow skit. kita layan dgn lagu jiwang sikit harini ;-). Lukisan ni saya menggunakan "Liquin Fine Detail" (di atas label liquin fine detail ada tulis : Speed Drying. Fluid Consistancy, Ideal for fine detail, glazing and blending ) sepenuhnya; tak campur "Linsed Oil" , cepat giler kering, tapi tak la cepat sangat, sempat la men'shading' slow-slow, tapi kalau u buat hari ini, esok kompem kering dah, tapi jangan letak tebal-tebal cat minyak tu, memang la lambat kering. Bagi siap bahagian atas dahulu.. sok kite sambung menghaluskan bahagian bawah tu, pokok-pokok dan rumput2 merah tu....Landscapedia ;The Light Of Tranquility.
Bahagian 2 Video:

Proses Terakhir "Lanscapedia, The Light of Tranquility" ; .. apa yang penting aku nak kongsi teknik dan cara mcm mane ia dilukis dan dah separuh jalan, rakam je lah laju-laju (Time-Laps) untuk you all tengok macam mana proses dia berakhir, mcm mana aku buat dari mula sampai habis, so korang boleh la praktis mcm mana cara aku buat, namun keselesaan cara melukis bergantung dengan cara korang yang tersendiri, sesuai utk mereka yang baru berjinak2 nak melukis cat minyak. Aku rasa banyak menggunakan teknik brush stroke dot dot plus shading pada lukisan ni , efek cahaya matahari tu sebenarnya aku gosok dengan jari untuk dapatkan efek mcm transparent tu, pastikan layer bawah tu betul2 kering bila nak buat efek tu.. ambil sikittttt kaler kuning dan campurkan dengan liquin agak-agak cair pastu sapukan pada atas yang nak buat efek tersebut dengan perlahan ( airbrush jari namenya he he he ) ( Lagu kat radio didendangkan oleh XPDC Apa Erti Semuanya, janji rock bak kata Padil he he he he ) layannnn.

( aku rasa setiap lukisan x kira lukisan tu buruk ker, cantik ker, ewwww ker, semuanya ada peminatnya yang tersendiri, korang tak prlu risau lah kalau lukisan korang tak lawa atau tak cantik ker, cuba tengok lukisan Sunflower van goh tu bukan nya cantik pun tpi jadi lukisan paling femes dalam dunia kan sbb stroke dan diri dia, lagi satu tak semua pelukis pelukis femes dalam dunia ni tak pernah lukis lukisan yg tak cantik, x semua lukisan picasso, monet, degas dll tu cantik belaka yer ada juga yang buruk juga kan.. itu pendapat aku lh...apa pun buat lah yang terbaik dari yang terbaik janji layannnnnn )
Bahagian 3 Video:

Posted by Latif Maulan on Monday, August 1, 2016

Comments