Skip to main content

Featured

PORTRAIT YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA YANG KE 16 AL SULTAN ABDULLAH

Commissioned Painting by The House Of Parliament Malaysia ( Tempahan dari Parlimen Malaysia) Portrait Painting of Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (Jawi: السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه الحاج ابن المرحوم سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله) (born 30 July 1959) is the 16th Yang di-Pertuan Agong (head of state) of Malaysia and the sixth Sultan of Pahang. He was proclaimed as Sultan on 15 January 2019, succeeding his father, Sultan Ahmad Shah, whose abdication was decided at a Royal Council meeting on 11 January.On 24 January 2019, days after his accession to the throne of Pahang, he was elected as the 16th Yang di-Pertuan Agong of Malaysia. He was sworn in on 31 January. He was also a member of the FIFA Council from 2015 to 2019. ( Wikipedia)




THE TIME-LAPSE VIDEO PROCESS PART BY PART
PROCESS 1. TIME-LAPSE OF THE DETAIL DRAWING/SKETCHpreparation of the portrait, before I start with oil painting…

Pelukis Sepenuh Masa


Apabila menonton siri "The Immpressionist" terbitan BBC : ada kata kata yang menarik perhatian aku "become an artist is a dangerous occupation, especially when you not sold.." (u all boleh tgok citer ni d utube ada citer ni; best) menjadi Pelukis Sepenuh Masa bukanlah semudah yang disangka; kau perlu mengharungi beberapa peringkat untuk sampai ke tahap dimana orang mahupun kolektor boleh terima lukisan kau; kepada pelukis-pelukis amatur baru yang teringin nak jadi pelukis sepenuh masa aku sarankan carilah kerja lain dahulu ; maksud aku kerja tetap/atau kerja-kerja lain yang boleh menampung kehidupan serta untuk membolehkan kau bekarya ; aku kira pelukis yang hatinya keras/kental dan yang betul-betul passion/minat dalam art boleh mengharungi semua ni yang boleh survive. Mungkin mudah bagi mereka yang keluarganya kaya berduit boleh tanggung semua beli barang art... a plus dgn minat dan usaha, problem solve. A competition dalam bekarya ; dalam arus kemodenan dan teknologi sekarang aku rasa semua hal dah menjadi mudah ; kau boleh belajar dengan encik google.
Dulu sebelum menjadi pelukis sepenuh masa aku pernah kerja mencuci pinggan di HSBKL, pernah menjadi waiter di Genting View dan kerja di Supermarket; sewaktu kerja sepenuh masa di supermarket waktu siangnya kerja dan sebelah malamnya aku melukis ; sewaktu itu aku dikenalkan oleh cikgu Fatimah Aini dan seorang teman Mariana Saleh dgn seorang pelukis Raja Azhar Idris ; disitu lah bermula kerjaya aku menjadi seorang pelukis sepenuh masa. 
Selama beberapa tahun aku kerja di supermarket dn sebelah malam melukis ; setiap hujung minggu aku pergi hantar lukisan ke KL; dengan menaiki bas dari Bentong ke KL kemudian naik bas mini dari chowkit road ke ampang park setiap hujung minggu sambil menggendong lukisan yang dilukis di dalam bas... yang tak boleh belah ialah bas hujung minggu dari Kl ke bentong mesti penuh so aku kena berdiri naik bas sepanjang perjalanan dari Bentong ke KL ..sampai jatuh jatuh lukisan di lantai bas....its happen in a few years .. selepas beberapa tahun aku berhenti kerja supermarket dan bertekad menjadi pelukis sepenuh masa setelah berasa yakin dapat menjual hasil karya sebulan mahupun dua bulan sekali. its really really tough. theres is no looking back... tekad... aku berjaya membeli kereta dan dapat memperbaiki teratak usang di kampung hasil karya yang aku jual.
Now its almost 26 year melukis... pelbagai cabaran dan dugaan untuk begelar pelukis yang benar2 bernama PELUKIS SEPENUH MASA tanpa sebarang sijil. Bagi aku SIJIL aku adalah KARYA yang aku hasilkan. syukur alhamdulillah rezeki itu ada. Berjaya mengadakan Pameran Solo 2 kali. Dulu masa aku mula mula jadi pelukis FB takde internet pn susah nk dpt .. zaman sekarang semua d hujung jari. nasihat aku kepada yang dalam jiwanya ada art ; jangan GIVEUP masih ada ruang untuk kau kerana rezeki itu datang dari Allah, yakinlah pasti ada. 

Comments

Popular Posts