Skip to main content

Featured

PORTRAIT YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA YANG KE 16 AL SULTAN ABDULLAH

Commissioned Painting by The House Of Parliament Malaysia ( Tempahan dari Parlimen Malaysia) Portrait Painting of Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (Jawi: السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه الحاج ابن المرحوم سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله) (born 30 July 1959) is the 16th Yang di-Pertuan Agong (head of state) of Malaysia and the sixth Sultan of Pahang. He was proclaimed as Sultan on 15 January 2019, succeeding his father, Sultan Ahmad Shah, whose abdication was decided at a Royal Council meeting on 11 January.On 24 January 2019, days after his accession to the throne of Pahang, he was elected as the 16th Yang di-Pertuan Agong of Malaysia. He was sworn in on 31 January. He was also a member of the FIFA Council from 2015 to 2019. ( Wikipedia)




THE TIME-LAPSE VIDEO PROCESS PART BY PART
PROCESS 1. TIME-LAPSE OF THE DETAIL DRAWING/SKETCHpreparation of the portrait, before I start with oil painting…

ABD LATIF MAULAN: MENAWAN HATI KHALAYAK DENGAN PESONA CATAN RESOLUSI TINGGI

ABD LATIF MAULAN: MENAWAN HATI KHALAYAK DENGAN PESONA CATAN RESOLUSI TINGGI
Oleh
MOHAMAD AZALUDIN BIN ABDUL AZIZ

LUKISAN
dibuat untuk ditatap. Tidak seperti membaca buku, masa lima saat saja sudah cukup untuk merangkum apa yang dilihat dari sebuah lukisan. Kalau orang ramai boleh menangkap keindahan lukisan itu dan menyimpannya dalam memori mereka, memang lukisan itu sangat bagus. Begitulah karya Abd Latif Maulan!

Sebab itu Latif fokus menghasilkan karya yang mesra khalayak. Dia memilih konsep realism foto dalam bentuk rakaman fotografi dan realism kontemporari sepertimana yang dapat dilihat oleh mata. Genre ini memberikan pesona kesan tampak setepat keadaan asal subjek dan objek yang dipilihnya. Sangat mewah dengan teknik catan resolusi tinggi yang halus menawan.

Sebagai pelukis, Latif suka kemiripan pada kenyataan. Sememangnya dia minat lukisan naturalisme atau realisme. Baginya elemen penting dalam melukis adalah objek. Di awal pembabitannya, objek realisme beliau ditentukan oleh objek itu sendiri. Kalau dia mahu melukis daun-daun, maka objek itu yang mengendalikan apa yang harus dilukisnya. Kalau objek yang sedang dilukis berubah, misalnya ada titisan air yang jatuh di permukaan daun itu, maka lukisannya juga berubah sesuai dengan objeknya.

Elemen kedua penting adalah mata, iaitu mata yang ada kesenian. Mata Latif memang tekun memerhati supaya dia boleh membuat lukisan yang realis dan natural. Setelah sekian lama belajar mendalami realisme, Latif benar-benar tahu, memahami dan boleh membuat lukisan realisme dengan teknik catan resolusi tinggi. Kini dia mampu melukis dengan gaya pesonanya sendiri. Lukisan Latif memukau mata.

Selain itu elemen latar belakang juga penting dan harus diambil kira. Bagi Latif, latar belakang lukisan seperti bunyi dan kesunyian sangat penting karena inilah elemen yang menyangga objeknya. Kalau tidak ada kekosongan, maka siapa yang dapat mendengar bunyi apabila tidak ada kesunyian di antaranya? Bagaimana kesunyian membawa mood pada lukisan 'stress night' ini? Jadi kesunyian yang meresap ke figure wanita itu perlukan fokus lima puluh peratus, dan tidak boleh kurang dari itu.

Bagi Latif, proses pengulangan juga tidak boleh diabaikan. Bila ada eksperiment bentuk, mestilah ada pengulangan sebagai ‘treatment’ atau proses membetulkan ketepatan bentuk. Kalau seseorang melukis secara langsung tanpa sempat memilih atau mengamati objeknya, mungkin masa terhad untuk dapat menyatu dengan objek tersebut. Sebab itulah Latif selalu gunakan objek yang dia sukai berulang kali, tetapi setiap kali dia melukisnya semula, Latif akan memberi identiti baru atau penambah baikan pada lukisan atau objek tersebut berbanding sebelumnya.

Begitu juga dengan minda pelukis. Pengalaman melayari lanskap persekitaran kehidupan sangat mempengaruhi minda, sikap peka, teliti dan pengamat yang setia. Hal ini menjadikan Latif lebih kreatif mencipta pesona dalam karyanya. Antaranya ialah meniru perlakuan tabiat unggas rimba, sifat pokok-pokok dan daunan, elemen alam flora dan fauna serta persekitaran yang tak nampak tetapi dapat dirasakan seperti hembusan angin, bahang panas matahari, kedamaian hutan dan kesegaran embun pagi. Proses meniru semula dan menambah nilai dari apa yang dilihat dan dirasai pada persekitaran itu dikatakan proses representasi yang kini membentuk identiti Latif.

Mengapa dalam lukisan Latif sering terdapat titisan air, kain batik dan kain sarung? Sebenarnya Latif suka titisan air, kain batik dan kain sarung dan inilah identiti lukisan Latif. Titisan-titisan air itu lambang keyakinan, harus boleh member kesegaran dalam lukisan sama seperti yang dirasai dalam kehidupan sebenar. Kalau hanya melukis objek sahaja, itu belum cukup segar maka Latif akan masukkan titisan air. Dalam karyanya terpamer kesegaran yang Latif ingin perlihatkan, tapi ide pertama beliau melukis titisan air itu masih tetap sebagai titis air yang jernih menyegarkan, sampai sekarang.


Kain batik dan kain sarung pula adalah lambang kasih sayang yang teguh dan ingatan yang sentiasa basah pada ayah-bonda, juga kekentalan budaya Melayu terpahat di jiwa Latif. Ide ini terus berkembang dengan penambah baikan dan peningkatan mutu dalam karyanya.

Jika diamati, sememangnya karya Abd Latif Maulan adalah gaya realis yang baru. Kalau ada realisma, seharusnya ada yang baru. Realisma sudah biasa merentas abad demi abad sehingga masa kini, tapi Latif telah memperlihatkannya dengan caranya sendiri. Inilah titik mula identiti, keperibadian, seterusnya jejak dan langkah kejayaannya. Ya, cara baru yang sangat pesona inilah milik Abd Latif Maulan.

Comments

Post a Comment

Popular Posts