TITISAN AIR

TITISAN AIR

1. Setelah kita belajar membuat bola/sphere, kini kita belajar pula bagaimana untuk membuat titisan air. Langkah pertama, cuba buat bentuk lonjong seperti ini, tak kiralah lonjong yang macam mana anda kehendaki, cuma sebelum buat latihan ini pergi tengok titisan air yang betul, tengok macam mana bentuk nya yang sebenar.








2. Setelah membuat bentuk lonjong tersebut, jika kita imbas kembali bagaimana kita membuat bola dengan bayangnya, begitu juga dengan melukis titisan air ini. Bayang dan cahaya memainkan peranan yang penting untuk menimbulkan titisan air tersebut seperti 3 dimensi. Pastikan arah cahaya dan buat lakaran bayang titisan air tersebut.








3. Kemudian buat lakaran-lakaran kasar pada bayang air tersebut, bayang perlulah digelapkan, buat bentuk cahaya yang terkena pada atas titisan air tersebut.









4. Sekarang anda sudah melihat bentuk titisan air tersebut, gelapkan bayangan air tersebut dengan hati hati.




5. Gelapkan pula bahagian atas air tersebut dan tinggalkan dua ruang putih untuk efek cahaya, gelapkan disekeliling dua tanda cahaya itu, kemudian terus shading ke atas dari gelap ke cerah sehingga ia seperti melekat pada latarbelakang. Begitu juga shading terus ke bahagian bawah air dan tinggalkan bahagian bawahnya cerah seperti contoh sebelah.









6. Kini anda telah berjaya membuat setitis air....

Comments