Skip to main content

Featured

Latif Maulan - An artist on a voyage of self discovery By Gerry Long

Latif Maulan - An artist on a voyage of self discovery 
By Gerry Long


Born in 1974 in the state of Pahang, Malaysia, in the quiet village of Lebu, Latif's early childhood was spent with his family in their bamboo house near a small river. Those early years invoked in him a great love of nature, particularly the Jungle and river where he spent so many happy hours with his family and friends.
It was with the help of two of his sisters that he initially commenced to draw, and not surprisingly his  first drawings reflected his love of the landscape that surrounded him.
He started Primary school in 1981 studying at Skolah Menengah Kebangsaan, Lebu and then continued his education at Skolah Menengah Kebangsaan, Bentong.  Although initially in the Science stream, his keen interest in art soon prompted him to transfer to the Art stream.
He finished high school in 1991, but due to financial constraints, had to forgo further studies at university level. Then followed a somewhat chaotic period…

Part of The Clowns and the phantom voter - Pengundi Hantu



In progress
Part of "The Clowns and the phantom voter" - Pengundi Hantu
48 Inch x 48 Inch
RM 8000.00
Ini adalah idea daripada beberapa kekecohan tentang Pengundi Hantu pada waktu pilihan raya satu ketika dulu


Antara petikan akhbar dari suratkhabar Utusan tentang Pengundi Hantu sewaktu dahulu:



Pembangkang mungkin guna pengundi hantu - Tajol
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
PARIT
4 Mac -

Hanya orang yang menggunakan pengundi hantu sahaja yang kenal pengundi hantu, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.
Menurut beliau, BN tidak pernah memikirkan mengenai pengundi hantu kerana tidak menggunakan pun taktik seumpamanya untuk menang dalam pilihan raya. Sebaliknya, katanya, parti pembangkang tertentu mungkin mempunyai pengundi hantu atau pengundi upahan kerana sering bercakap mengenai perkara tersebut. ''Di Perak, kita tidak ada pengundi hantu, mungkin mereka ada pengundi hantu d dan dia mengharapkan pengundi-pengundi hantu undi dia, sebab itu dia selalu sebut pasal pengundi hantu. ''Mungkin dia jadi takut kita sekat pengundi hantu yang nak undi dia.

Jadi dia nak guna kekerasan bagi memastikan pengundi hantu boleh mengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Projek Jambatan Parit-Belanja Kiri di sini hari ini.
Pas semalam memberi amaran akan melakukan apa sahaja termasuk menggunakan kekerasan bagi menghalang pengundi hantu masuk ke Kelantan dan Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac ini.

Dalam pada itu, Tajol Rosli memberitahu, BN masih menghadapi masalah untuk menang di kerusi Parlimen Taiping ekoran taktik kempen DAP meminta ahli Gerakan supaya tidak mengundi calon BN, Datuk M. Kayveas bagi membolehkan kerusi itu dikembalikan kepada mereka. ''Saya ulangi sekali lagi, saya berharap kepada penduduk Taiping supaya berikan kemenangan kepada Kayveas sebab beliau adalah presiden parti dan berikanlah peluang kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk ada wakil di Parlimen.

''Sebagaimana janji saya kepada Bukit Gantang dulu, Datuk Tan Lian Hoe hanya sepenggal di Gerik dan selepas ini akan bertanding di Taiping. Jadi tidak perlulah kalahkan Kayveas untuk mendapatkan kerusi itu semula. ''Kayveas mesti menerima keputusan itu sama ada dia setuju atau tidak," katanya. Menurut beliau, Kayveas menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Taiping dengan baik selama ini dengan berjaya menyelesaikan banyak masalah rakyat. ''Kayveas ini dulu pembangkang sebab itu dia masih lantang tetapi kebaikannya dia tolong para peniaga, dia tolong semua, dia banyak selesaikan masalah rakyat tetapi bila selesai masalah rakyat, kadang-kadang dia terpijak kaki pegawai kerajaan sikit-sikit.

''Kita hormati PPP walaupun parti itu lemah sekarang tetapi sayang pun, kerusi mereka dah bagi ke parti komponen, nak ambil balik bukan senang," katanya. Tajol Rosli berkata, PPP mungkin mendapat tambahan kerusi secara berperingkat kerana kawasan baru boleh diwujudkan setiap 10 tahun sekali tetapi mereka terlebih dahulu perlu bekerja keras untuk mengembalikan reputasi hebat parti itu suatu ketika dahulu.

Comments

Post a Comment

Popular Posts