Skip to main content

Featured

PORTRAIT YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA YANG KE 16 AL SULTAN ABDULLAH

Portrait Painting of Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (Jawi: السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه الحاج ابن المرحوم سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله) (born 30 July 1959) is the 16th Yang di-Pertuan Agong (head of state) of Malaysia and the sixth Sultan of Pahang. He was proclaimed as Sultan on 15 January 2019, succeeding his father, Sultan Ahmad Shah, whose abdication was decided at a Royal Council meeting on 11 January.On 24 January 2019, days after his accession to the throne of Pahang, he was elected as the 16th Yang di-Pertuan Agong of Malaysia. He was sworn in on 31 January. He was also a member of the FIFA Council from 2015 to 2019. ( Wikipedia)




THE TIME-LAPSE VIDEO PROCESS PART BY PART
PROCESS 1. TIME-LAPSE OF THE DETAIL DRAWING/SKETCHpreparation of the portrait, before I start with oil painting.

PROCESS 2. TIME-LAPSE OF THE TENGKOLOK DIRAJA/TANJAKwore by Yang di-Pertuan Agong during co…

Tepak Sireh - Heritage Series ( The Door To Ectasy)


Atists: Latif Maulan
Title: Tepak Sireh ( The Door To Ectasy)
Heritage Series
Size: 48 x 48 Inch
Medium: Oil On Canvas
SOLD
2008 © All Right Reserved
Price: RM 6800.00 (High Profile Stretcher - Unframed)

SEKAPUR sirih, iaitu sirih, pinang, kapur, gambir dan tembakau yang dicantumkan menjadi satu, membayangkan corak kehidupan orang-orang Melayu yang sangat mementingkan nilai dan adat untuk membentuk hidup yang bersatu.

Kita dapati dan cara menyusun tepak sirih, cara mengapur hinggalah kepada cara Ia digunakan dalam sebarang adat istiadat, sirih pinang mempunyai cara-cara tersendiri atau peraturan yang tertentu, yang semuanya berkaitan dengan sistem nilai masyarakat Melayu, iaitu h ormat-menghormati, berbudi bahasa, bersatu-padu, hidup beradat dan berperaturan.

Sejak dahulu lagi dalam masyarakat Melayu, tepak sirih berserta dengan bahan-bahannya membawa satu pengertian, bagi orang yang memberi dan menerimanya. Bahan-bahan yang terdapat dalam sekapur sirih juga membawa pengertian yang tertentu.

Sirih: Pohonnya bersifat memanjat dan memerlukan sandaran, tetapi tidak merosakkan tempat Ia bersandar yakni tidak seperti pokok sakat atau pokok api-api. QIeh itu sirih membawa erti: sifat merendah din dan memuliakan orang lain, sedang diri sendiri adalah pemberani

Kapur: Didapati dari kerang atau batu kapur. Rupanya putih bersih rasanya payau sementara sifatnya hangat dan melecurkan .Jadi kapur melambangkan hati yang putih bersih tapi jika keadaan memaksa boleh juga menimbulkan kernarahari.

Gambir: Daun gambir yang berwarna kekuningan itu terpaksa melaluibeberapa proses perebusan dan penyaringan sebelum menjadi gambir. Sifatnya penyamak dan rasanya kelat kepahit-pahitan.Ia membawa erti kecekalan hati.

Pinang: Pokok pinang lurus ke atas dan berbuah lebat dalam setandan. Pinang yang telah dikupas berbentuk bulat dan keras. Rasanya kelat dan jika dibelah dua ternampak hatinya (hempulurnya) yang keputihan. Maka pinang melambangkan keturunan orang baik-baik (tinggi dan lurus), sedia membuat sesuatu dengan hati yang terbuka dan segala ke sungguhan.

Tembakau: Daun tembakau dihiris dan dikeringkan agar tahan lama. Rasanya pahit dan sifatnya memabukkan Ia melambangkan seorang yang tabah dan sedia berkorban.

Maka tepak sirih yang lengkap dengan isinya itu membawa iatu maksud orang yang menyorong tepak sirih seolah-olah berkata: “Tuan, dengan sesungguhnya dan kerendahari hati, saya menghormati tuan, moga-moga membawa kebaikan Tapi janganlah tuan memandang rendah terhadap diri saya disebabkan perbuatan saya itu. OIeh itu, jika perlu saya akan mempertahankan darjat saya Terserahlah kepada tuan untuk memilih yang buruk atau yang baik.”

Dengari tafsiran inilah tepak sirih disorongkan kepada tetamu. Biasanya sebelum kita mengapur sirih terlebih dahulu kita mengambil sekacip pinang untuk diratah. Ini dapat diertikan: “Saya tahu tuan sebenar tuan adalah turunan orang baik-baik dan berbuat sesuatu dengan sesungguhnya.” Kadang-kadang ada juga yang mengambil tangkai sirih (gagang sirih), dalam hal ini dapat diertikan: “Jangan tuan terlalu merendah diri, saya mengetahui bahawa tuan seorang yang berani dan manusia yang suka mernuliakan orang lain.” Jadi , fungsi sirih pinang di sini ialah menjadi tali penghubung rasa antara yang memberi dan yang menerima.

Kedudukan sirih pinang dalam masyarakat Melayu tradisional berkait rapat dengan sistern nilai masyarakat MeIayu sendiri. Kerana itu dalam apa-apa acara, sama adaa kecil atau besar, sirih pinang akan didahulukan. Sirih diberi kepada arang ramai mengikut peringkat umur dan kedudukan seseorang. Mula-mula diberi kepada ketua kampung, ketua adat, tok imam, tok bomoh, orang-orang tua dan terusnya kepada kawan sebaya ini sesuai dengan kata pepatah:

Yang tua dimuliakan
Yang muda dikasihi
Yang säma besar hormat mengharmati.


Tiap-tiap rumah orang Melayu di zaman dahulu ada menyimpan tepak sirih atau sekurang-kurangnya satu bekas yang digunakan untuk menyimpan sirih pinang, yang digunakan bukan sahaja untuk adat istiadat rasmi tetapi juga untuk kegunaan harian. Penggunaan sirih dalarn kehidupan harlan bukan sahaja di kalangan rakyat, malah amat pentng di kalangan raja-raja dan kaum bangsawan. Ini terbukti dalam hikayat-hikayat Melayu, yang menggambarkan sirih sebagai makanan beradat kepada raja-raja dahulu yang boleh dikatakan setiap kali ada pengunjung istana di kalangan pembesar atau raja-raja yang lain, sering mereka mengangkat tepak sirih sebelum dan sesudah makan. Maka sirih menjadi sebagal makanan diplomatik, sebagaimana minuman keras menjadi ‘minuman selamat’ di hari ini. Sebagai contoh dalam Hikayst Indera Mengiridera, ada tersebut pantun:

Kain bersuji diatas atap,
Sudah dikelim baru dipakai,
Kalau sudi tuanku santap,
Sirihnya kering pinangnya kotai.

Tuan rumah yang menghulurkan tepak sirih pada tetamu dianggap seorang yang berbudi bahasa. Bagi tamu pula berkewajipan menyambut tepak sirih dan memakan sirih itu sebagai tanda persaudaraan. Hidangan tepak sirih di sini dianggap sebagai suatu keraian dan rasa berbesar hati kerana dikunjungi tetamu atau keluarga. Jadi sekapur sirih yang dikunyah tetamu menambah erat perhubungan atau persaudaraan, seperti kata pantun:

Makan sirih berpinang tidak,
Pinang ada di bawah tangga,
Makan sirih mengenyang tidak,
Kerana budi dengan bahasa.

Bagi orang Melayu di kampung tepak sirih khas tidak digunakan untuk kegunaan harian, tetapi digantikan dengan satu bekas lain seperti bakul kecil, pinggan dan sebagainya. Ramuan-ramuan sirih pula diisikan ke datam botol dan tin kecil untuk menggantikan cembul.

Tepak sirih khas digunakan sebagal barang perhiasan dan dalam upacara-upacara rasmi. OIeh kerana tepak sirih penting dalam adat istiadat, Ia tidak Iayak digunakan sembarangan; tambahan pula harganya mahal dan susah untuk dijaga dan dibersihkan.

Di dalam tepak sirih terdapat cembul-cembul yang di- gunakan untuk menyimpan ramuan sirih pinang. Cem- bul-cembul ml seharusnya disusun mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh orang-orang dahulu. Melalul rajah di bawah ini, kita dapat melihat bagaimana cembuI cembui itu diaturkan sebagaimana kehendak adat.

Dulang tepak sirih ini dibahagikan kepada dua bahagian, di bahagian atas disusun empat cembul mengikut susunan iaitu pinang, kapur, gambir dan tembakau. Di bahagian bawah pula disusun cengkih, sirih dan kacip. Bagi masyarakat di Mukim Beranang, daerah Ulu Langat Selangor (pada masa kajian ini dilakukan) sirih disusun sedemikian rupa untuk menunjukkan tertib ketika mengapur sirih, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Daun-daun sirih yang disusun dalam tepak sirih hendaklah dilipat terlebih dahulu. Sirih ini dilipat bersisip antara satu sama lain dan disamakan tangkainya, disusun sebanyak lima atau enam helai. dalam satu baris. Satu tepak sirih selalunya mengandungi empat atau lima susun sirih tadi. Bagi masyarakat Melayu di Beranang, sirih yang berlipat ini wajib dibuat kerana hendak mengelak dan terlihat ekor sirih itu.

Tepk sirih juga digunakan untuk mengundang orang ramai dan pemimpin-pemimpin khasnya menghadiri istiadat perkahwinan, berkhatam Quran dan sebagainya. Sirih undangan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu sirih undangan bagi ketua-ketua atau pemimpin, seperti ketua kampung, ketua adat, tok imam dan sebagainya, yang mesti dijalankan oleh tuan rumah sendiri dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain. Yang kedua ialah sirih untuk mengundang orang ramai. Biasanya ia dijalankan oleh wakil-wakil yang dipilih.

Sebenarnya, penggunaan sirih pinang sebagai alat mengundang ini berkait rapat dengan nilai kehidupan orang Melayu yang mementingkan rasa hormat menghormati dan hubungan baik antara satu sama lain. Maka sirih pinang inilah menjadi alat untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Jika terjadi kesalahan misalnya, sama ada kecil atau besar , golongan bawahan atau atasan akan menggunakan sirih sebagai ganti menyembah untuk meminta ampun.

Dari apa yang telah dibicarakan di atas , dapat kita melihat lambang dan peranan yang dimainkan oleh sirih pinang dalam adat istiadat melayu lama. Sirih pinang digunakan dengan meluas dalam adat istiadat Melayu seperti:

Perkahwinan
Menempah Bidan
Melenggang Perut
Mendirikan Rumah dan
Membuka Panggung


Dalam kesemua istiadat ini terdapat peraturan-peraturan yang harus diikut. Sebenarnya peranan yang dimainkan oleh sirih pinang akan kita sedari apabila dikaitkan dengan nilai-nilai yang terdapat dalam masyarakat Melayu.

Melalu sirih pinang terpancar kehidupan orang Melayu yang sangat mementingkan budi bahasa, hormat menghormati, hubungan persaudaraan, hidup berperaturan dan sebagainya. Kerana itu siri dikenal sebagai 'daun budi'.

*Dipetik dari SIRIH PINANG- Kumpulan Esei budaya

Comments

Popular Posts