Skip to main content

Featured

Latif Maulan - An artist on a voyage of self discovery By Gerry Long

Latif Maulan - An artist on a voyage of self discovery 
By Gerry Long


Born in 1974 in the state of Pahang, Malaysia, in the quiet village of Lebu, Latif's early childhood was spent with his family in their bamboo house near a small river. Those early years invoked in him a great love of nature, particularly the Jungle and river where he spent so many happy hours with his family and friends.
It was with the help of two of his sisters that he initially commenced to draw, and not surprisingly his  first drawings reflected his love of the landscape that surrounded him.
He started Primary school in 1981 studying at Skolah Menengah Kebangsaan, Lebu and then continued his education at Skolah Menengah Kebangsaan, Bentong.  Although initially in the Science stream, his keen interest in art soon prompted him to transfer to the Art stream.
He finished high school in 1991, but due to financial constraints, had to forgo further studies at university level. Then followed a somewhat chaotic period…

Menjual Karya Seni ? Bagaimana?


Adakah ini impian kamu, bermimpi dengan impian dan harapan setinggi gunung, Impian untuk menjadi seorang pelukis terkenal dan terhebat, dimana kamu telah memiliki degree dan segala impian untuk menjadi pelukis telah menjadi kenyataan, kamu dikenalkan dengan orang-orang seperti pengkritik seni, kurator, kolektor. Art dealer dan kolektor datang ke studio dan melihat hasil seni kamu lalu membeli secara serta merta dan membuatkan kamu menjadi terkenal dan mempunyai pameran-pameran sepanjang tahun yang berderetan, lukisan kamu terjual dengan mudah...Yeppyy itu lah dia yang kamu mahu.

Yaa, sekarang kamu tahu bahawa kenyataan realiti itu adalah sebaliknya.

Kamu tahu seni itu adalah suatu pilihan dan bukan suatu keperluan dan ia bertanding dengan pelbagai komoditi di dalam dunia perniagaan, pertama: untuk perhatian dan paling utama sekali untuk duit (seperti barangan yang dijual di setiap pasaraya dan sebagainya; bertanding dengan bisnes seni kamu). Kamu tahu kamu mempunyai hasil karya yang boleh dijual untuk hidup sebagai seorang pelukis dan membuatkan sesetengah orang percaya untuk selalu membeli karya kamu merupakan suatu kerja yang amat sukar.

Seorang art dealer pernah berkata kepada saya, " Tiada karya seni yang terjual dengn sendirinya." dan dia betul. Menjual karya seni bukan bermakna membuat strategi tentang market tetapi tentang mengambil peluang saat-saat dimana seseorang tengah kagum sewaktu melihat karya, melihat sejenak ataupun mungkin sewaktu bertanyakan beberapa saolan kepada kamu. Lihat... orang ini telah berfikir untuk membeli (atau tidak) dan untuk menambahkan keyakinan orang itu kamu perlulah menerangkan maksud karya kamu, terangkan secara mudah dengn cara tidak berbelit belit supaya orang tersebut mudah paham, itu adalah salah satu cara untuk meyakinkan perasaan mereka supaya membeli karya kamu (dalam fikirian: nak beli ke? atau tak nak beli?)


Orang ingin percaya bahawa apa yang mereka pilih itu adalah betul dan tepat apabila mereka ingin membeli karya seni, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu apa-apa tentang seni, kamu kena kena tolong orang-orang seperti ini untuk membeli karya kamu. Mereka inginkan keyakinan, kepercayaan dan kefahaman kerana untuk memiliki atau memilih karya seni itu bukanlah mudah 'seperti membeli ikan di pasar'.

Sebagai salah satu contoh, Ali. Ali membeli sebuah karya seni, dia membawa pulang karya seni itu dan dia menggantungnya di ruang makan. Beberapa minggu kemudian dia menjemput Minah, Melati dan Ahmad untuk makan malam bersama di rumahnya. Mereka berempat pun menikmati makan malam, sambil berbual bual dengan gosip dan sebagainya, secara tiba-tiba Minah tunjuk pada karya seni yang dibeli oleh Ali dan bertanya, "Lukisan tu baru beli ke?"

"ya" jawab Ali
"Ermmmmm menarik," kata Minah. " Saya tak pernah tengok karya mcm tu. tentang apa karya nie?"

Ali menjawab lagi untuk memuaskan hati Minah, Melati dan Ahmad.

Kesian tak pada Ali? Sudah pastinya dia tidak mahu kelihatan bodoh di hadapan kenkawan dia, membeli lukisan yang dia sendiri pun tidak tahu apa maksudnya. Bukan sahaja dia kena menerangkan karya yang dibelinya tapi dia juga seperti orang lain yang ingin mengkagumkan kenkawan mereka dengan taste dan citarasa. Bagi Ali malam itu bukan sahaja malam pertama dia kena tanya mengenai karya seni itu tapi seterusnya di hari hari yang lain Ali kena menerangkan kepada kenkawanya tentang karya yang dia beli tersebut, meskipun orang yang bertanya pelbagai soalan kepada Ali itu tidak tahu langsung apapun mengenai seni tetapi Ali mahu dia kelihatan best bila bercakap mengenai karya seni yang dia beli.

Bunyi macam bodoh jer perkara yang berlaku pada Ali kan dan salah satu sebab mengapa ramai orang takut nak beli karya seni adalah kerana mereka takut berasa malu apa orang lain akan kata, fikir dan tanya. Bukan dia sendiri sahaja yang kena tahu tentang karya yang dia beli tapi dia juga kena terangkan kepada orang yang melihat dan bertanya. Dalam dunia Ali yang ingin memiliki hasil karya kamu, percayalah, mereka inginkan pertolongan dari kamu. Kamu kena tunjukkan bagaimana untuk defend diri sendiri kenapa dia perlu memiliki karya kamu , kepercayaan, keyakinan, kesungguhan dan apa yang mereka lakukan itu adalah betul jika mereka membeli karya kamu.

Berita baiknya pula adalah pembeli hanya inginkan penerangan ringkas; kamu tidak perlu bagi penerangan lebih melalut-lalut. Kebanyakan orang kurang arif tentang kebanyakan seni, mereka tidak mahu penerangan yang menjela-jela sebab penerangan yang menjela2 boleh membuatkan mereka jadi keliru dengan lebih mudah. Sebagai contoh mudah, " Karya saya tentang pokok" statement ini sungguh mudah menerangkan tentang karya yang dibuat oleh pengkarya dimana semua orang paham termasuk orang yang tak faham kepada seni juga akan faham. Pengkarya tak perlu sebut bagaimana lukisan tentang pokok, kenapa dia pokok, kenapa dia refer kepada pokok atau apa maksud pokok itu terhadap pengkarya. 

Pemerhati karya akan faham dengan 5 perkara;

1. Mereka akan terus faham mengenai karya itu
2. Nampak pokok itu dalam karya (kalau tak nampak pun buat2 nampak sebab tajuk dia pokok)
3. Mereka berasa sangat faham mengenai karya yang dia lihat
4. Mereka akan berkata kepada rakan mereka dan berkata penuh yakin, " Karya dia tentang pokok" faham tak bagaimana perkara ini berlaku?

Katakanlah kamu tiada penerangan ringkas tentang apa yang kamu buat, sebab kamu tak tahu apa yang kamu buat, kamu buat sesaje sebab inspirasi datang secara tetiba. Bagus. Jadi, katakan apa yang terjadi, apa membuatkan kamu ber'inspirasi' bagaimana kamu mula, proses kamu, bagaimana kamu buat, bagaimana kamu habiskan dan sebgainya. Lagi sekali, susun perkataan dengan perkataan yang mudah difahami. Sebagai contoh " Saya mencampakkan kepingan kepingan papan ke arah dinding" Percaya atau tidak itu sudah mencukupi. Sebab kata kata mencampakkan itu sudah cukup untuk pemerhati faham perbuatan atau kerja yang kamu lakukan.

Elakkan jawapan sebegini " setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai karya saya, sudah tentu mereka ada pandangan mereka sendiri, so what?" Kebanyakan artist gune perkataan ini untuk mengelakkan diri dari disoal dengan lebih banyak dimana akan meninggalkan kesan kepada pemerhati daripada nak membeli terus tak jadi nak beli.

Mungkin kunci yang paling penting untuk menjual karya seni anda adalah dengan memberikan 'sebab' mengapa mereka perlu peduli memiliki karya kamu. Dalam memiliki bermacam mcm bende 'kenapa' mereke perlu peduli memiliki karya kamu? Ini adalah permulaan yang bagus. Jika kamu boleh meyakinkan pembeli mengapa dan kenapa dengan perkataan yang mudah, mengapa mereka harus peduli untuk memiliki karya kamu sebagaimana kamu peduli tentang karya kamu sendiri- kamu telah berjaya.

Semua ini juga berguna apabila kamu ingin menunjukkan portfolio kamu kepada galeri. Untuk kamu mendapat tempat di pameran, pemilik galeri perlu berasa sungguh yakin bahawa mereka boleh menjual karya kamu. Seperti kamu mereka juga perlu meyakinkan pelanggan mereka memiliki karya kamu adalah sesuatu yang tidak merugikan, bisnes is bisnes. Setiap kali kamu bertemu art dealer dengan harapan kamu dapat membuat pameran, art dealer akan mendengar dengan penuh perhatian apa yang akan kamu katakan, bagaimana kamu katakan, dan mereka akan berfkir bagaimana untuk menghubungkaitkan segala informasi yang anda berikan bersesuaian dengan pelanggan mereka. Mereka akan ambil apa yang kamu katakan atau berikan (statement etc) dan mengalih bahan tersebut kepada hasil kerja sales presentations. Faham? Dealers pun takleh nak bantu jual work kamu kalau kamu tak tolong mereka.

Saya mellihat ramai pelukis yang berjaya, dan salah satu karakter yang berjaya memikat hati atau berkongsi karya mereka dengan orang ramai adalah kerana mereka berjaya membuatkan karya mereka mudah difahami. Ramai pelukis yang pergi lebih jauh dengan hasil karya mereka kerana mereka mengetahui, memahami dan mengenali karya mereka sendiri (tak kira dalam peringkat mana) akan menerima banyak kelebihan didalam kerjayanya sebagai pelukis sepenuh masa.

Comments

  1. you can be such a very good teacher....i wish i can draw like you but what to do....i adore your artwork...

    ReplyDelete
  2. Adakah Tuan mengadakan kelas atau bengkel bagi yg ingin mempelajari senilukis
    Sekian

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts