Imbas Balik: Kritikan Pedas yang pernah saya terima oleh Pelukis Anonymous


Di sini saya ingin mengimbas kembali kritikan pedas yang pernah saya terima dahulu oleh seorang pelukis sepenuh masa yang tak bernama. Seronok pula membacanya kembali. Terima kasih pelukis Anonymous (tak bernama).
"Anonymous said... Assalamualaikum saudara latif,saya juga seorang pelukis sepenuh masa. Dapat saya melihat kesemua lukisan saudara melalui beberapa website . namun bagi saya lukisan saudara masih lagi jauh daripada ketepatan, ukuran ,pencahayaan, dan hanya dapat dibanggakan oleh saudara sendiri . harap maaf."
Memang saya tidak nafikan lukisan saya banyak kelemahan dan kekurangannya, saya tiada pendidikan secara formal dalam seni lukis, belajar sendiri dan belajar dari kesilapan. Komen yang diberikan oleh Pelukis Anonymous tersebut telah membuatkan saya terfikir, ada betulnya juga, ada lukisan lukisan saya yang tidak berapa tepat dari segi ketepatan dan sebagainya, namun saya menolak tidak kesemuanya.

Betulke hanya boleh dibanggakan oleh saya sendiri, cuba tanya mereka ini: SENARAI MEREKA YANG TELAH MEMILIKI LUKISAN LATIF MAULAN

Mungkin saya kurang berpengalaman untuk menilai lukisan saya sendiri, jadi kadang kadang pemerhati atau orang yang memerhati atau orang yang mengkritik dapat membantu kita memperbetulkan segala kesilapan yang telah kita lakukan. Saya tertarik berterima kasih dengan artikal yang disubmit oleh Aizat bertajuk

PERANAN KRITIKAN SENI TERHADAP SENI TAMPAK DI MALAYSIA

Kritikan pedas dan membina amat saya alu-alukan, tak kisah yer.

Comments