Skip to main content

Featured

Latif Maulan - An artist on a voyage of self discovery By Gerry Long

Latif Maulan - An artist on a voyage of self discovery 
By Gerry Long


Born in 1974 in the state of Pahang, Malaysia, in the quiet village of Lebu, Latif's early childhood was spent with his family in their bamboo house near a small river. Those early years invoked in him a great love of nature, particularly the Jungle and river where he spent so many happy hours with his family and friends.
It was with the help of two of his sisters that he initially commenced to draw, and not surprisingly his  first drawings reflected his love of the landscape that surrounded him.
He started Primary school in 1981 studying at Skolah Menengah Kebangsaan, Lebu and then continued his education at Skolah Menengah Kebangsaan, Bentong.  Although initially in the Science stream, his keen interest in art soon prompted him to transfer to the Art stream.
He finished high school in 1991, but due to financial constraints, had to forgo further studies at university level. Then followed a somewhat chaotic period…

Aku nak terkenal dan buat duit banyak



Suatu hari pelukis ini bertanya.
PELUKIS Anonymous: Boleh tak minta tolong tengok lukisan saya dan apa pendapat saudara tentang karya yang saya buat ?
Apa pendapat saudara mengenai website seni saya? Saya tengah mencari orang yang boleh menjual dan mempromosikan karya karya saya.
Saudara ada tak contact agent atau art dealer lukisan yang boleh mempromosikan lukisan saya? lastly, Macam mana nak jadi pelukis?

Ramai pelukis yang menghantar soalan-soalan seperti ini kepada pelukis-pelukis yang sudah terkenal mahupun pihak galeri, art dealer dan sebagainya, seolah-seolah suatu harapan seumpama mesej yang diletak dalam botol dan campak ke laut supaya dapat dibaca oleh seseorang penyelamat, wira,  dan sebgainya untuk menyelamatkan mereka dan memberi mereka impian menjadi terkenal dan menjual lukisan berjuta ringgit. Of course lah benda ni cerita dongeng yang dah tenggelam oleh zaman.....( kalau "good luck" lain cerita, its good for you)

Menghantar email kepada orang yang kamu tak kenal langsung dan menyuruh mereka membuat macam-macam, tengok la, kritik la, tolong la. Berapa banyak masa yang mereka ade untuk kritik hasil seni kamu, website kamu, buat cadangan dan sebagainya? Bukan sahaja mereke takde masa, tapi ...walaupun mereka ade masa, mereke tak pernah jumpa kamu. Mereka tak tau langsung siapa kamu, macam mana rupe kamu, apa yang boleh kamu hasilkan, bagaimana susah atau senangkan bekerja dengan kamu, bagaimana kamu mengendalikan 'dead-line', apa reputasi kamu, dan etc etc sebagainyer. Mereka tidak akan membahayakan bisnes mereka dengan orang yang mereka tidak kenali langsung.

Kamu juga tidak mengenali mereka. Mungkin juga mereka tidak berkelayakan untuk mengkritik karya seni kamu? Mungkin juga mereka tidak tahu langsung tentang bagaimana suasana 'local art scene' kamu? Mungkin juga mereka jual sculpture dan kamu buat lukisan? Mungkin juga mereka ade reputasi 'sang ular' (jenis yang tak bayar pelukis/ penseni)? dan sebagainya etc etc etc.

Kepercayaan mereka terhadap hasil seni kamu serta merta tanpa kelayakan dan rekomen daripada galeri dan agen adalah sebuah cerita fantasi semata. Jika kamu dapat bayangkan berapa banyak karya seni kat luar sana, berapa banyak karya seni yang hebat-hebat, berapa banyaknya hasil seni itu lebih banyak dari agen-agen seni di kawasan kamu itu mungkin waktu untuk menjual lukisan kamu tu makan masa ratusan tahun, pasti kamu akan bersetuju bahawa mempelajari bagaimana untuk menjual seni adalah lebih penting dari yang penting, lebih penting dari bertanya orang supaya melihat karya kamu lagi dan lagi dan lagi untuk mengharapkan 'miracle dan good luck'

Galeri dan agent seni yang kamu tanya 'selalunya' akan tengok lukisan yang boleh dijual, (kalau tak laku sape nak tanggung - sewa galeri kena bayar etc) Jika mereka tengok lukisan kamu tidak boleh untuk dijual (yang berkenaan sahaja) mereka takkan tengok, sebab kalau mereka takleh nak jual, lingkup la bisnes diaorang. Diaorang bukan buat 'bisnes' semata-mata untuk berfikir bagaimana menjual karya kamu.

Saya selalu terpikir bagaimana ade sesetengah pelukis tak tahu langsung bagaimana bisnes seni nie berjalan dan apa yang perlu mereka lakukan untuk menjual karya, dan saya pun selalu sama jugak .. ade orang kata kalau tak tau pegi la ambik kursus seni.

Sebab utama kamu masuk sekolah seni - uitm atau whatever etc, adalah untuk membuat karya yang betul betul bagus dan boleh dijual. Kamu percaya bahawa kualiti pembelajaran seni itu, dan kamu fikir boleh menjadi pelukis sepenuh masa (tapi kebanyakan mesti pikir kepada bidang2 lain seperti graphic designer etc), sepertimana pelajar perubatan percaya terhadap pembelajaran mereka dan pelajar undang2 percaya terhadap pembelajaran mereka. Kita semua tahu berapa banyak pendapatan doktor dan peguam dapat. Tapi kita tak berapa nak nampak sangat berapa sen yang penlukis/pengkarya seni buat duit, tak disebut apa yang mereka perlu buat untuk membuat duit tu.

Sekarang nie masuk U/ sekolah seni/ kursus seni semua pakai duit banyak ke? berabih duit nie nak masuk art school semata mata minat seni. Jika seorang pelajar seni tu tahulah betapa susahnya hidup sebagai seorang pelukis/pengkarya, dan tahu bagaimana susahnya untuk menjadi paling bagus untuk menjadi pelukis/pengkarya dan betapa susahhhhnya nak menjual karya, mungkin pelajar di jurusan seni itu akan berkurangan. Art School tak sebut tentang bagaimana nak hidup sebagai pelukis, sekolah seni ajar sikit-sikit jer bagaimana nak buat duit dan nak jual karya( yer ke- betul ke pelajar pelajar seni sekalian-sila jawab)

Sesetengah sekolah seni menolak 'perniagaan seni' kerana ingin menekankan keaslian seni itu sendiri dan 'buat duit' adelah tidak perlu : suatu fakta dimana sekolah jarang sebut, walaubagaimanpun jika kamu tak boleh nak buat duit dengan hasil seni kamu=kamu kena berhenti bekarya! Ini bukan suatu perkara yang merisaukan sekolah-seni, sebab mereka sudah pun dapat duit dari kamu.

Jadi jawabnyer kamu kenalah belajar sendiri bagaimana nak jual karya seni itu. Jika kamu ade masalah bagaimana nak jual, kamu boleh belajar menjual, tak rugi pun belajar, cari orang yang bisness minded ajar kamu, belajar bagaimana nak jual hasil karya tak rugi pun malah akan menambah kredibiliti kamu sebagai pelukis.

Sementara itu fokus kepada usaha penghasilan-seni dan penjualan-seni dimana tempat tinggal kamu. Hasilkan karya seni, dengar orang kata, buat kajian apa yang orang suka dan kenapa, cari penyelesaian bagaimana untuk meletakkan harga karya seni kamu supaya boleh terjual, dan pamerkan dimana mana perlu jika ade peluang pamerkan sahaja. Disamping itu, kamu boleh bertemu ramai orang, dapatkan hubungan bisnes dan sebagainya

Ini adalah antara yang kamu perlu pelajari untuk menjadi pelukis terhebat:

  1. Bagaimana untuk bercakap dan menulis tentang hasil karya kamu supaya orang memahami apa yang kamu buat.
  2. Bagaimana untuk menentukan harga lukisan kamu dan menjawab pertanyaan tentang harga tersebut.
  3. Bagaimana untuk membuat orang menghargai lukisan kamu dan merasakan ianya berharga untuk dimiliki.
  4. Bagaimana untuk meng'respond' bila orang kritik karya kamu.
  5. Bagaiman untuk tahu bila kamu mempunyai cukup karya seni dan mempunyai koleksi untuk memulakan sebuah pameran dan menjual.
  6. Bagaimana untuk mempamerkan seni kamu dimana boleh menarik minat kepada pembeli yang berpotensi.
  7. Bagaimana untuk mendokumentasikan hasil seni kamu dimana boleh meningkatkan minat kepada pembeli yang berpotensi
  8. Bagaimana untuk memastikan orang yang berminat dengan hasil seni kamu boleh membeli hasil seni kamu
  9. Bagaimana untuk menjual hasil seni kamu selain daripada melalui galeri
  10. Bagaimana untuk menjual hasil seni bukan jenis seni yang dijual di galeri
  11. Bagaimana untuk mencari market selain daripada melalui galeri
  12. Bagaimana untuk menukar hasil seni anda dengan barang atau serivs
  13. Bagaimana untuk mempersembahkan diri kamu dan hasil seni kamu di dalam keadaan tidak mensabotajkan peluang untuk menjual hasil seni 

Comments

  1. thanks....menambahkan ilmu saya berkenaan satu cabang yang tak pernah saya ketahui sebelum ini

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,sya pelajar seni.Memang susah,tapi usaha dan cabaran yang diterima dalam bidang ni buat semua peminat seni kuat (sekuat tiger),hihihi.assalamualaikum.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts