PELUKIS BERSIRI, APA LEBIHNYA?


JANGAN JADI PEMBUNUH BERSIRI JADILAH PELUKIS BERSIRI, APA LEBIHNYA?
KORANG dah ready nak jadi pelukis sepenuh masa, kpd pelukis sepenuh-masa hardcore serta yang bercita-cita nak jadi pelukis sepenuh masa, jom kita celah-bedah perkara ni, perkara yang agak penting jugak yang pelukis perlu ambil tahu, iaitu SIRI LUKISAN (body of artworks). Kalau dulu aku melukis semua benda ataupun bahan semua tapi sekarang aku dah mula nak fokus pada siri-siri lukisan yang pernah aku buat.
Cuba korang tengok pelukis-pelukis international d barat ataupun kat instgram contohnya lukisan dorang semua ada kesamaan ataupun siri yang menunjukkan yang lukisan tu adalah diri dorang. Aku dah mula aware dan hirau perkara ni sejak bebarapa tahun ni. Ini berdasarkan pengalaman aku, ada satu waktu pelanggan masuk galeri dan bertanyakan work aku, " you ada banyak tak buat siri ini dan adakah you akan teruskan siri ni" dalam hati aku bertanya, knp dia tanya aku ada buat banyak ke tak siri lukisan mcm ni, aku tak tanya dia balik, aku jawab, "ya saya dah buat banyak siri ni, dan akan tetap akan membuatnya lagi, cuma mungkin sedikit berbeza dari segi
pengolahannya" dia terus angkat beli dan pergi. Mari kita lihat dengan lebih mendalam persaolan ini.
Kalau korang melukis suka-suka bukan tujuan melukis untuk orang, so korang boleh lukis apa jugak lukisan yang korang suka, go on. Jika korang melukis untuk dinikmati ataupun untuk dihargai oleh orang secara professional, masyarakat atau sebgainya lebih baik korang pikir semula tentang karya yang korang ingin hasilkan. Korang jer yang paham tentang pengertian yang terkandung dalam lukisan korang sebab korang yang hasilkannya. Audience, masyarakat dan publik tak kenal korang, hanya dengan memandang hasil karya korang lah yang akan membuatkan masyarakat akan mengenali korang.
Jadi jalan yang mudah adalah dengan membuat karya dalam bentuk siri untuk memberikan kepaduan, konsistant dan perkaitan antara satu sama lain dalam perngkaryaan dan senang untuk penjenamaan tentang diri korang. Sebenarnya akupun dulu tak berapa hirau sangat kelebihan dalam penghasilan karya bersiri, lebih kepada single piece artwork. Mungkin korang boleh cakap stroke ataupun sentuhan setiap pelukis itulah yang membezakan lukisan korang, tapi pada hakikatnya tidak, sekarang ni dah jadi macam law, ataupun sistem yang sudah diatur supaya setiap pelukis kena ada karya bersiri( pembunuh pun ada bersiri - what makes them famous) Kalu nak cepat femes jadilah Pelukis Bersiri bukan Pembunuh Bersiri ok he he he.
Kebanyakan pelukis tidak ambil berat sangat pasal karya siri ni sebab mungkin disebabkan tak suka diatas kongkongan tema, asik lukis
benda yang sama jer, korang mungkin lebih suka lukis stand-alone artwork. Tapi pada pengelihatan aku pulak STROKE, STYLE dan WARNA pun boleh dijadikan siri. Ok cuba tengok Van Ghoh dia lukis semua SUBJEK kan? bunga , landskap, buah dsbagainya, apa yang membezakan dia dengan pelukis lain adalah WARNA, STROKE dn STYLE, siri dia bukan terletak pada SUBJEK tapi terletak pada WARNA, STROKE dn STYLE. Anyway bagaimana pula dgn pelukis realism, adakah boleh dibezakan dengan WARNA, STROKE dan STYLE? kerana sudah terlalu ramai yang melukisnya. Jadi untuk tidak menyusahkan kena pilih something atau subjek yang menunjukkan itu adalah korang.
Dari pengelihatan aku sebagai contoh karya lokal bersiri yang mengikut WARNA, STROKE dn STYLE adalah karya Adeputra Masri, Gentaj Che din, Meor (charcoal), Karya Azeem IdzhamM Syahbandi Samat serta Aleff Ahmad yang sedang menghasilkan siri siri pisangnya dalam bentuk yang sangat menarik, Sliz De Silva pula dia realis sudah nampak proses karya-bersiri Signeboard(papantanda) nya untuk prosesnya korang boleh rujuk kpd artist tersebut.
Jadi, bagi aku ada dua fakta tentang siri yang boleh diguna pakai iaitu,
1. WARNA, STROKE dan STYLE
2. SUBJEK DAN TEMA
Pelukis bersiri bukan bermakna korang kena lukis satu siri subjek jer, korang boleh buat beberapa siri tapi jangan terlalu banyak sampai serabut kepala otak. 5 Siri pun dah cukup, sebagai contoh korang ada body of work siri Bunga, Siri Still LIfe , Landsape, figure dan social commentary. Cuba buat satu folder dan kompilasikan kan semua siri siri tersebut. Setiap siri sebenarnya korang boleh buat kajian yang lebih mendalam lagi tentangnya. Korang pikir mungkin akan bosan kalau stuck pada satu subjek jer, tapi sebenarnya tidak. Korang boleh explore siri tersebut dengan lebih mendalam, pecahan dari siri tersebutlah yang akan membuatkan ia jadi lebih menarik, kajian yang terperinci ini yang akan membuatkan kerja korang lebih mencabar seperti seorang saintis, membuat pengkajian secara lebih halus.
Kalau korang buat karya stand-alone, boleh jer bukan tak boleh, takde law pun kata tak boleh. Tapi tak berapa mencabar minda. Sekejap buat lain sekejap buat benda lain. Audience akan tertanya tanya apa arah dan tujuan korang, korang seperti takde arah ataupun kronologi dalam berkarya. "Aku buat apa yang aku suka dan aku buat apa apa jer bila aku suka" semua lukisan korang berbeza dari satu sama lain , kalau macam ni audience susah nak memahami korang, work kau tentang apa, apa pegangan korang. Biasanya audience/pemerhati seni cuba untuk memahami arah tujuan korang sebagai pelukis sepenuh masa tapi kalau karya korang takder siri yang jelas , arah tujuan biasanya dorang akan GIVE-UP nak ikut/follow up.
Kalau setiap lukisan yang korang hasilkan berbeza setiap kali korang hasilkannya, pemerhati seni akan konfius sekejap sekejap
lain, lain, lain, lain. Macam manala orang nak kenal korang kalau mcm tu. Knapa mcm ni kenapa setiap hasil karya yang korang buat berbeza, korang mungkin boleh kata korang nak bagi visual kat semua orang supaya semua orang bleh menikmatinya. Strategi ni mungkin ok bagi korang tapi akhirnya korang sebenarnya tak bagi satu apa pun kepada viewers.
Orang mungkin akan lemas dengan perbezaan setiap kali karya yang korang hasilkan atau mungkin dorang takde tenaga dan masa nak tengok dan nilai setiap satu work yang korang hasilkan. Terlalu banyak pilihan, keliru, kecewa dan akhirnya tak beli satu apa pun. Alasan yang aku rasa sebab pelukis tak nak lukis siri sebab tak nak buat sesuatu benda tu berulang kali, bosan ataupun terkongkong dengan satu tema jer, di mana letaknya kebebasaan berkarya, takde kebebasan langsung... hurmmm. Adakah alasan ini akan menyebabkan kita kehilangan kebebasan untuk berkarya, tidak sama sekali.
Tidak.
Ide melukis karya yang bersiri sebenarnya adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan , cuba lah buat. sebenarnya proses dia bukan bererti pengulangan benda/subjek/bahan yang sama, tapi lebih kepada penerokaan yang lebih mendalam dan pengkajian yang terperinci yang mana ia akan menjadikan korang manusia yang lebih intelek. menyiasat, memeriksa dan mengkaji sesuatu subjek tu bukankah suatu perkara yang amat menarik, mcm kerja detektif, saintis ataupun doktor he he he he. Ia seperti melihat sesuatu di bawah mikroskop. Lebih dalam korang tengok, lebih banyak yang korang akan nampak dan lebih jelas yang akan korang dapat, ia akan menjadi lebih menarik, tertarik da boom.
Kalau korang buat satu jer, berapa banyak yang korang boleh belajar tentang subjek tersebut, pengalaman dengan subjek tersebut, berapa banyak pengetahuan yang korang boleh ceritakan terhadap viewers, tak banyak kan. Kalau korang buat karya bersiri, korang akan menjadi orang yang pakar terhadap bahan/subjek/tema tersebut, bukan sekadar dari segi seni , korang akan melangkaui batas keintelektualan yang lebih dari itu. Pengetahuan yang korang dapat dari pengkajian yang mendalam terhadap subjek/tema/etc tersebut dari aspek yang detail dan cara korang berinteraksi dengan subjek korang akan menghasilkan impak maksima yang sangat menakjubkan, tak percaya cuba lah he he he he.
Dengan kata lain korang boleh meyakinkan audience tentang maksud karya korang ada matlamat dan tujuan. Sebenarnya manusia lebih memahami apa yang korang buat dalam penghasilan karya bersiri dari banyak sudut yang berbeza. Daripada karya yang satu(stand alone) Kan kita semua tahu, kalau banyak lebih kuat sesuatu ikatan tersebut "Bersatu teguh bercerai roboh" Kalau disatukan siri tu teguhlah jadinya, kalau diceraikan jadi satu satu.. roboh lah dia.
Cuba fikir galeri seni pamerkan lukisan, cuba tengok dan survey galeri galeri besar pamerkan lukisan pelukis, biasanya mereka ada karya-bersiri pelukis tersebut. Seolah -olah mereka ingin mengatakan kami ada produk, ide, philosophy, komentari atau sbgainya dalam bentuk yang pelbagai dalam satu kumpulan karya-bersiri. Kalau work korang takde siri, tak tersusun, tak jelas ini akan mememeningkan kepala orang. Setiap satu karya dengan karya dalm kumpulan
siri akan menolong pemerhati seni dalam memahami dan menilai karya korang dengan lebih jelas serta kepuasan serta sesuatu yang tak rugi kalau dorang tengok.
Kumpulan karya-bersiri menampilkan profesionalism korang, memberikan persembahan yang baik serta menarik minat 5 star galeri, serta ini juga akan menarik
minat pengumpul seni yang hardcore, korang tau apa yang korang buat, korang tau ke mana arah tujuan korang, apa yang korang perlu tahu untuk sampai ke situ. Kalau seorang pelukis itu membuat satu atau dua jer lukisan stand alone artwork... walau bagus macam mana pun dia, ramai yang akan tertanya tanya "hurmmm dia ni bernasib baik jer ke? adakah karya ini sebagai permulaan cerita yang hebat ataupun jalan mati terhadap karya tersebut.?
Boleh tak dia buat lagi siri macam tu lagi ...dan lagi ...dan lagi?.... audience akan tertanya tanya adakah karya tersebut tersimpan maksud yang mendalam, komplikasi yang rumit, dedikasi dan komitment yng tinggi ?
Orang yang faham tentang seni, ataupun experties yang memahami dengan seni biasanya menilai seni dengan siri bukan dengan stand-alone artwork. Stand alone
artwork sebenarnya adalah lebih kepada permulaan sebuah siri. Jadi jika korang nak memulakan sesuatu karya , bersiap sedialah untuk mengexplorasi tentangnya untuk menjadikan ia sebagai siri seterusnya.
Buat pemilihan kumpulan ide ide subjek/bahan untuk dijadikan siri, Kalau korang dah dapat buat pemilihan tepat , korang dah boleh fokus arah dan tujuan karya korang. Lebih kurang macam kira macam korang membuat karangan tentang diri korang. Kalau korang dah siap buat pemilihan tentang subjek/bahan yang korang nak jadikan dia sebagai siri, ok tetapkan pendirian jangan tukar. Perkara ni memang tak mudah (semua kerja takde jalan mudah) ini akan menjadikan korang seorang yang berdedikasi terhadap kerja korang macam mana nak tetapkan level komitment korang supaya karya korang boleh menjadi karya-bersiri yang berjaya.
Senaraikan siri korang, yang mana korang rasa lebih menarik minat orang, apa signifikan dan kesan impaknya terhadap masyarakat, siapa yang sudah memiliki siri tersebut, siri mana yang selalau orang beli, siri manakah yang paling terdekat dengan diri korang, kalau korang dah dapat, fokus pada siri tersebut.
Akhir kata buatlah apa yang terbaik buat diri korang untuk menjadi seorang pelukis masa, sama ada tips ini boleh digunapakai atau tidak bergantung pada korang untuk berjaya menjadi pelukis sepenuh masa yang berjaya. InsyaAllah.

Comments

Popular Posts